Monday, January 31, 2011

SEMASA SESI TEMUDUGA

Sudah dipanggil untuk sesi temuduga?
Jika sudah, tahniah untuk anda. Jika belum...

Jangan bimbang, anda masih mempunyai peluang. Masih
terlalu awal untuk anda berputus asa.

Baiklah, tips yang bakal saya bongkarkan hari ini
adalah mengenai rahsia semasa sesi temuduga. Percaya
atau tidak, masih ramai yang gagal mendapat pekerjaan
walaupun sudah menghadiri puluhan sesi temuduga.

Malah lebih teruk lagi...

Sudah beratus temuduga, tetapi masih gagal mendapat
pekerjaan. Saya harap anda tidak begitu :)

Apakah rahsia semasa sesi temuduga ni?
Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tahu...

Antaranya ialah:

#1 - Jaga emosi anda semasa sesi temuduga.

#2 - Rendah diri. Jangan berlagak pandai lebih daripada
penemuduga walaupun anda memang arif mengenai perkara
tersebut.

#3 - Jawab dengan tenang, yakin dan lantang setiap soalan
yang ditanya oleh penemuduga.

#4 - Senyum, dan memandang tepat ke arah penemuduga ketika
anda bercakap.

#5 - Jawab benda yang perlu sahaja. Tidak perlu bercerita
panjang meleret :) Bosan pula penemuduga nanti.

#6 - Bersalam dengan penemuduga. Ucapkan terima kasih
kerana memberi peluang kepada anda untuk ditemuduga.

#7 - Bercakap benar, jangan sesekali cuba menipu di dalam
sesi temuduga. Anda hanya menutup peluang anda jika
berbuat demikian.

dan pelbagai lagi...

Apa yang perlu anda tahu, secara logiknya, tujuan temuduga
diadakan adalah untuk memastikan penemuduga atau bakal
majikan mengenali anda dengan baik.

Jadi cubalah untuk berkerja sama dengan baik. Berikan segala
maklumat yang ditanya oleh penemuduga tetapi jangan 'over'.

Tunjukkan 'first impression' yang baik. InsyaAllah kerja
tersebut akan jadi milik anda :)

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com

No comments:

Post a Comment