Monday, January 31, 2011

PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA

Pernahkah anda mengalami masalah - masalah berikut;

Tidak jumpa tempat temuduga?
Gelisah dan bimbang sebelum dan semasa ditemuduga?
Gugup semasa ditanya soalan oleh penemuduga?

dan pelbagai masalah lain...

Semuanya berlaku kerana kurangnya persediaan sebelum
dan semasa temuduga. Sesi temuduga adalah sesi penting
bagi menentukan samada anda mendapat pekerjaan tersebut
atau tidak.

Jadi pastikan anda membuat persiapan rapi.

Antara beberapa perkara yang perlu anda pastikan
SEBELUM temuduga.

#1 - Pastikan tempat temuduga anda betul. Buat pemeriksaan
sehari sebelum anda dipanggil untuk temuduga. Anda boleh
bertanya kepada orang lain atau pergi sendiri ke tempat
tersebut sehari lebih awal.

#2 - Datang lebih awal. Bila lambat, kesannya anda dapat
dilihat semasa anda ditemuduga. Ini paling penting, bila
anda lewat, emosi anda akan mudah terganggu.

#3 - Pastikan pakaian anda kemas dan bersesuaian. Ini
faktor paling penting, sesetengah majikan menilai anda
daripada cara pemakaian anda. Kalau pakai 'selekeh'...
siapa yang mahu berikan peluang untuk anda berkerja.

#4 - Rupa paras fizikal juga perlu kemas. Kekemasan penting
dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Kuku, rambut,
semuanya akan dilihat oleh bakal majikan anda.

#5 - Pastikan emosi tidak terganggu dengan keadaan sekeliling.
Sebaiknya hindarkan diri daripada terlibat dengan mana - mana
masalah sebelum anda menghadiri temuduga.

#6 - Tidur awal atau pastikan anda cukup tidur. Jika sesi
temuduga anda pada awal pagi, tidurlah lebih awal pada malam
sebelumnya. Bimbang anda bangun lambat dan rosaklah peluang
anda.

#7 - Pastikan tarikh dan masa temuduga anda. Buat pemeriksaan
sehari sebelum sesi temuduga. Kegagalan anda menepati tarikh
dan masa yang diberikan, memburukkan lagi kredibiliti anda.

#8 - Bawa semua dokumen atau sijil yang diperlukan. Sebaiknya
sediakan di satu tempat sehari sebelum sesi temuduga. Ini
memudahkan anda. Tidak perlu lagi tercari - cari sijil yang
anda perlukan. Semuanya telah tersedia.

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com

No comments:

Post a Comment