Monday, January 31, 2011

RESUME

Adakah anda masih lagi tercari - cari bidang pekerjaan
yang sesuai dengan anda?

atau...

Sebenarnya sudah acap kali anda memohon untuk mendapatkan
pekerjaan tetapi ditolak mentah - mentah permohonan anda
tanpa sempat menghadiri temuduga?

Ramai yang mengalami masalah begini!

Sudah pelbagai jawatan dipohon, tetapi semuanya GAGAL!

Nak kata tiada kelayakan, diploma dan ijazah semuanya
ada. Lengkap dengan pointer yang agak baik. Tetapi
kenapa permohonan ditolak?

Baiklah, dalam beberapa siri emel yang akan datang, saya
akan berkongsi tips dengan anda bagaimana mendapatkan
kerja yang anda mahukan.

Tips - tips berkaitan kerjaya baik dari segi persediaan
bagaimana menulis resume sehinggalah kepada persediaan
sebelum dan semasa temuduga. Semuanya akan dibongkarkan
kepada anda.

Jadi pastikan anda TIDAK TERLEPAS satu pun daripada saya.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai resume.
Saya pasti anda sudah tahu apa itu resume. Perkara penting
sekali dalam menentukan samada anda berjaya memperolehi
pekerjaan ataupun tidak.

Menulis resume juga perlukan skills!

Ramai yang gagal memperolehi peluang untuk ditemuduga
hanya disebabkan oleh isi kandungan resume yang lemah.

Bagaimana mahu pastikan resume kita cukup kuat dan
lengkap?

#1 - Pastikan resume lengkap dengan info atau data terkini
mengenai diri anda.

#2 - Sediakan gambar. Ini yang sering diabaikan oleh ramai
orang. Bakal majikan perlu lihat rupa paras untuk mengenali
anda sebelum mereka berminat untuk memanggil anda bagi sesi
temuduga.

#3 - Pastikan alamat, emel dan telefon anda betul. Kalau
salah, bagaimana mereka ingin hubungi anda. Jadi semak
perkara tersebut berulang kali.

#4 - Maklumat pendidikan anda. Sertakan dengan tepat, tahap
pendidikan anda seperti bidang yang anda ambil, lulusan dari
universiti mana serta CGPA yang anda perolehi. Ianya maklumat
yang sangat diperlukan oleh bakal majikan anda.

#5 - Maklumat pekerjaan. Jika anda pernah berkerja sebelum
ini, pastikan anda nyatakan satu persatu maklumat tersebut.
Sertakan sekali 'reference' anda. Ini membuktikan yang anda
memberikan maklumat yang betul.

#6 - Jangan lupa letakkan sekali kebolehan serta kelebihan
anda. Sesetengah majikan, mencari kelainan dalam setiap
ciri - ciri pekerja yang mereka mahukan. Sebaiknya
anda letakkan kebolehan dan kelebihan yang bersesuaian dengan
bidang kerja yang anda pohon.

RUJUKAN
blogcarikerja.com

No comments:

Post a Comment