Friday, February 4, 2011

Ini tips penting untuk anda lulus temuduga!

# Buat persediaan sebelum menghadiri temuduga. Sesi temuduga
adalah sesi penting. Pastikan anda membuat persediaan lebih
awal. Persediaan bukan sahaja sebelum, malah semasa dan selepas
temuduga.

# Pastikan anda mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai
bidang kerja yang anda pohon. Selain itu anda juga mungkin
boleh bertanya pada orang yang pernah menghadiri temuduga.
Mereka ini banyak pengalaman, jadi cedoklah sikit daripada
mereka.

# Belajar untuk kawal emosi anda. Belajar cara berkomunikasi
dengan baik. Terdapat banyak info atau panduan yang
membincangkan tentang komunikasi efektif.

# Pastikan penampilan diri anda berada tahap yang terbaik.
Kekemasan baju, rambut, kuku dan sebagainya amat dititik
beratkan. Ianya menentukan personaliti anda.

# Akhir sekali, berdoa dan bertawakal :)

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com

No comments:

Post a Comment