Friday, February 4, 2011

Ini tips penting untuk anda lulus temuduga!

# Buat persediaan sebelum menghadiri temuduga. Sesi temuduga
adalah sesi penting. Pastikan anda membuat persediaan lebih
awal. Persediaan bukan sahaja sebelum, malah semasa dan selepas
temuduga.

# Pastikan anda mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai
bidang kerja yang anda pohon. Selain itu anda juga mungkin
boleh bertanya pada orang yang pernah menghadiri temuduga.
Mereka ini banyak pengalaman, jadi cedoklah sikit daripada
mereka.

# Belajar untuk kawal emosi anda. Belajar cara berkomunikasi
dengan baik. Terdapat banyak info atau panduan yang
membincangkan tentang komunikasi efektif.

# Pastikan penampilan diri anda berada tahap yang terbaik.
Kekemasan baju, rambut, kuku dan sebagainya amat dititik
beratkan. Ianya menentukan personaliti anda.

# Akhir sekali, berdoa dan bertawakal :)

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com

masih GAGAL mendapatkan kerja?

Berikut saya 'highlight'kan beberapa perkara penting
mengapa masih ramai yang gagal dalam mendapatkan
pekerjaan dalam sektor kerajaan.

# 90% peserta temuduga tidak bersedia semasa sesi
temuduga. Tahukah anda, jika tiada persiapan atau
persediaan yang rapi, kemungkinan besar anda akan gagal!

# Kurangnya pengetahuan dan pendedahan dalam teknik
menghadiri temuduga. Sesetengah orang yang baru sahaja
tamat pelajaran, mereka tiada pengalaman langsung dalam
sesi temuduga. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka gagal.

# Tidak bersedia dari segi komunikasi, pertuturan dan emosi.
Sestengah orang, gugup adalah satu masalah besar. Manakala
sesetengahnya pula kurang fasih untuk berkomunikasi.
Ini antara penyebab utama untuk gagal

# Tidak mementingkan penampilan diri. Sedarkah anda
'first impression' memainkan peranan utama dalam sesi
temuduga. Jika anda datang dalam keadaan selekeh...
anda sendiri tahu samada berjaya atau tidak.

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com

Wednesday, February 2, 2011

14 kelebihan kerja dengan kerajaan

Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:

1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4. Kenaikan gaji setiap tahun
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
7. Cuti bersalin
8. Pinjaman perumahan
9. Caruman KWSP atau pencen
10. Bersara pada umur 58 tahun
11. Peluang kenaikan pangkat
12. Peluang melanjutkan pelajaran
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam.
Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini
jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.

RUJUKAN
http://www.blogcarikerja.com